GUA MUSANG – Seorang lelaki yang bekerja sebagai Polis Bantuan di Felda Aring 6 di sini maut dalam kemalangan di Kilometer33 Jalan Gua Musang-Kuala Krai awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Sik Choon Foo Satu berkata, kemalangan maut itu melibatkan sebuah kereta dan bas ekspres.
Katanya, siasatan lanjut mendapati kereta jenis Proton Persona yang dipandu oleh mangsa berusia 20 tahun itu telah memotong secara berbahaya beberapa buah kenderaan lalu bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.
Lelaki berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari bandar Gua Musang hendak pulang ke rumah di Chiku 2 dan dalam kejadian tersebut mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang Kelantan untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian