JOHOR BAHRU – Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros sedia menggalas tanggungjawab sekiranya diberi mandat oleh kepimpinan Pusat untuk bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU15) bulan depan.
Perkara tersebut dinyatakan sendiri kepada media ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa beliau antara calon yang disenaraikan pada PRU15 nanti.
Bagaimanapun jelasnya, siapa pun calon yang bakal diletakkan di Parlimen Pasir Gudang bukan pokok utama sebaliknya semangat yang diperjuangkan adalah untuk memastikan UMNO berjaya mendapat mandat daripada rakyat.
“Kita perlu menangkan parti. Pastikan parti menang dan tekad kita mahukan Parlimen Pasir Gudang menyumbang pembentukan kerajaan mutlak UMNO di peringkat Persekutuan,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Mohamed Khaled Nordin akan bertanding di di Kota Tinggi, Mersing atau Simpang Renggam sekaligus memberi laluan kepada Azleen selaku kepimpinan muda bahagian.
Tambah Noor Azleen, jentera Pemuda UMNO Pasir Gudang juga tidak akan lumpuh hanya kerana calon yang diletakkannya parti bukan merupakan individu dimahukan mereka.-MalaysiaGazette