KUALA LUMPUR – Negara merekodkan 1,737 kes baharu jangkitan Covid-19 sehingga semalam.
Manakala tiga lagi kes kematian dilaporakan dalam tempoh sama.
Pertambahan itu menjadikan kes terkumpul Covid-19 sebanyak 4,845,475 dan kematian 36,447.
KKMNOW turut melaporan sebanyak 26,994 kes aktif Covid-19 direkodkan sehingga semalam.
Daripada jumlah itu, 25,900 kes menjalani kuarantin manakala 1,042 pula menerima rawatan di hospital.
Katanya, 52 kes ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh semalam pula sebanyak 2,118. – MalaysiaGazette