Anwar ketika menyampaikan ceramah pada Jelajah Mega Harapan Negeri Melaka dan Pelancaran Jentera PRU-15 di Taman Sungai Petai Permai, Melaka malam tadi.

MELAKA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad yang mempertikaikan kelayakannya  sebagai calon Perdana Menteri.

Ia susulan kenyataan dikeluarkan penyandang kerusi Parlimen Mersing itu semalam yang mendakwa Anwar tidak layak dinamakan sebagai calon Perdana Menteri kerana masih berdepan kes mahkamah atas tuduhan serangan seksual terhadap bekas pembantunya, Yusoff Rawther.

“Oh Latiff…kerusi dia pun belum tentu,” katanya sambil tertawa sinis ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah pada Jelajah Mega Harapan Negeri Melaka dan Pelancaran Jentera PRU-15 di Taman Sungai Petai Permai di sini malam tadi.

Semalam, Abd Latiff Ahmad dalam kenyataannya mendakwa Anwar tidak layak kerana masih berdepan kes mahkamah.

Menurutnya, di mana-mana negara di dunia, adalah satu kebiasaan  apabila seorang pemimpin menghadapi tuduhan salah laku seksual di mahkamah, beliau perlu menarik diri dari sebarang pilihan raya atau jawatan kerajaan sehingga selesai kes mahkamah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, semua dakwaan terhadap Anwar perlu diadili di mahkamah untuk menentukan kebenaran atau sebaliknya.

Adly Zahari

“Bagi kita apa pun pendakwaan dan sebaginya biarlah mahkamah yang tentukan…isu moral yang selalu ditujukan kepada Datuk Seri Anwar itu adalah isu yang berulang kali disebut.

“Tapi kalau kita lihat di PH, Anwar adalah calon terbaik berdasarkan pengalaman, kesungguhan dan segala pengalaman beliau dalam mengharungi rencam politik di Malaysia,” katanya.

Pada 14 Julai 2021, Yusoff memfailkan kes sivil atas kejadian serangan seksual terhadapnya yang didakwa berlaku di kediaman Anwar pada 2018.

Pada 19 Oktober lalu, Yusoff telah menang kes saman berkaitan isu tersebut terhadap Setiausaha Akhbar Anwar dan mahkamah memerintahkan ganti rugi sebanyak RM200,000 serta kos dibayar kepada beliau. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Berdepan kes serangan seksual, Anwar tak layak jadi calon PM – Latiff

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast