Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyekat seramai 203,123 orang pembayar cukai daripada meninggalkan negara ini sehingga 30 November 2024.

Jumlah itu melibatkan 175,656 orang individu di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Individu); Seksyen 75A 1976 (Syarikat) 15,070
Seksyen 22 ACKHT 1976 (Individu) 12,205 dan Seksyen 22 Subperenggan 5(1A) (192)
ACKHT 1976

Susulan itu, LHDNM mmenyarankan kepada semua pembayar cukai untuk terlebih dahulu menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan ke luar negara.

“LHDNM ingin menasihatkan kepada semua pembayar cukai yang ingin ke luar negara untuk menyemak status tunggakan cukai masing-masing terlebih dahulu menerusi portal MyTax yang boleh dicapai di https://mytax.hasil.gov.my/.

“Selain itu, semakan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan menerusi portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, dan Seksyen 22Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976, LHDNM diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan.

Sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan.

Sebagai maklumat tambahan, mulai 4 Mac 2024 permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pekhidmatan e-Sekatan Perjalanan yang boleh diakses menerusi portal MyTax.

Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau hadir ke pejabat HASiL berhampiran.

Maklumat lanjut berkenaan e-Sekatan Perjalanan boleh dirujuk pada soalan lazim permohonan pembatalan sekatan perjalanan menerusi
capaian pantas di https://www.hasil.gov.my/individu/lain-lain/soalan-lazim-individu/.

“LHDNM ingin menjelaskan bahawa tindakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap mana-mana pihak bukan bertujuan menafikan hak mereka tetapi tindakan tersebut adalah merupakan salah satu usaha untuk menguatkuasakan undang-undang percukaian sedia ada kepada pembayar cukai yang gagal melunaskan tunggakan cukai.

“Oleh itu, pembayar cukai perlu sentiasa peka dalam melaksanakan tanggungjawab mereka setiap masa dan jangan bertangguh dalam menyelesaikan hal-
hal percukaian bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.

“LHDNM yakin bahawa pentadbiran sistem percukaian yang adil dan cekap dapat meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap sistem percukaian negara sekali gus membantu dalam pembangunan dan kemakmuran negara. Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab demi masa depan Malaysia yang kita cintai,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast