Idrus Ibrahim.

PERMATANG PAUH – Jenazah abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Allahyarham Idrus Ibrahim, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cherok Tokun Bawah di sini, selepas solat jenazah selepas solat Jumaat, esok.

Allahyarham berusia 83 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 petang hari ini akibat sakit tua menurut menantunya, Mohd Nahar Mohd Nor.

Jenazah kini berada di kediaman mereka Cherok Tokun di sini.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Dewan Solat Sementara Masjid Cherok Tokun Bawah selepas solat Jumaat, sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Cherok Tokun Bawah yang terletak bersebelahan masjid untuk dikebumikan.

ARTIKEL BERKAITAN

Abang sulung pergi buat selamanya, PM terkilan tidak sempat berada di sisi

Media terdahulu melaporkan Anwar memaklumkan pemergian abang kesayangannya itu menerusi hantaran di media sosial ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia daripada lawatan kerja di China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here