Gambar rajah lencongan trafik ke Jalan Maarof / Bangsar

KUALA LUMPUR – Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan dari Petaling Jaya ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar melalui Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) bermula 29 Oktober dan dijangka siap pada Mac 2023.

SPRINT dalam kenyataan memaklumkan kenderaan dari Petaling Jaya yang menggunakan laluan kanan ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di Persimpangan Maarof akan dilencongkan ke kiri melalui Jalan Johar – Jalan Beringin – Jalan Damanlela – Jalan Damansuria – SPRINT ke Petaling Jaya.

Lencongan tersebut dijangka meruncingkan kesesakan trafik terutama pada waktu puncak pagi dan petang bagi kenderaan dari Petaling Jaya NKVE ke Kuala Lumpur dari Persimpangan Maarof sehingga ke Persimpangan Semantan.

Gambar rajah laluan alternatif bagi trafik dari NKVE / Petaling Jaya ke KL

Justeru, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan empat cadangan laluan alternatif iaitu (1) Hubungan Damansara – LDP – Penchala Link – Jalan Duta – Jalan Tuanku Abdul Halim – Jalan Kuching, (2) Hubungan Damansara – Hubungan Kerinchi – Jalan Duta – Jalan Tuanku Abdul Halim – Jalan Kuching, (3) Hubungan Damansara – Hubungan Kerinchi – FHR2 – Jalan Syed Putra – Jalan Kinabalu atau (4) Hubungan Damansara – Jalan Dato Abu Bakar – Jalan Universiti – FHR2 – Jalan Syed Putra – Jalan Kinabalu.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan memberi kerjasama dan mematuhi arahan papan tanda lencongan trafik serta menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan.

Menurut kenyataan itu, projek pembinaan jejambat bertingkat baharu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghubungkan Persimpangan Maarof berhampiran Pavilion Damansara heights sehingga Persimpangan Semantan
(Lebuhraya SPRINT).

Laluan bertingkat tiga lorong sepanjang 1.34 KM ini bertujuan untuk melancarkan aliran trafik dari PJ ke Kuala Lumpur. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast