Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada pelancaran jentera pilihan raya BN Parlimen Sepang di Kompleks Muhibah Tanjung Sepat,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 30 OKTOBER 2022.

SEPANG – Barisan Nasional (BN) dan bekas menteri yang pernah berkhidmat di dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak tidak perlu memohon maaf berhubung skandal 1MDB yang melibatkan berbilion ringgit.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebaliknya menegaskan, perkara itu tidak timbul kerana kes 1MDB masih dibicarakan di dalam mahkamah.

“Kenapa BN yang harus meminta maaf kerana kes 1MDB masih dibicarakan dalam mahkamah.

“Mereka yang didapati bersalah sudah pun didakwa dan dihukum.

“Kalau individu yang bersalah, jangan salahkan parti,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang membidas BN dan bekas Menteri Kabinet Najib kerana gagal membuat permohonan maaf berhubung skandal 1MDB.

Laporan sebuah portal media hari ini memberitahu, kerajaan masih membayar faedah ke atas hutang yang ditanggung 1MDB, cabang pelaburan kerajaan.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menggesa semua parti yang bertanding dalam PRU15 agar menumpukan kepada isu-isu besar yang menjadi keutamaan rakyat.

“Apakah tawaran untuk menyelesaikan isu-isu yang menyentuh perut mereka. Rakyat sedang susah, kenapa BN minta untuk kita mengadakan pilihan raya.

“Sebab kita jelas, kita mahu rakyat memberikan mandat kepada siapa yang dirasakan boleh memimpin dan mentadbir negara secara harmoni dengan jelas bagi memastikan kestabilan negara.

“Kita tidak mahu lagi rakyat digula-gulakan dengan omongan palsu, janji kosong seperti mana yang dimainkan oleh pembangkang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. individu juga CERMINAN pada parti…
    Rasullulah saw dan ingatkan….anak yang Baru lahir itu SUCI dan Bersih seperti kain putih….SALAH DIDIK DAN URUS maka mereka akan jadi YAHUDI MAJUSI DAN NASRANI….begitu juga pentingnya AKHLAK INDIVIDU yang nak jadi pemimpin

    NILA SETITIK MAKA ROSAK SUSU SEBELANGA KERBAU MEMBAWA LUMPUR habis semua terpalit kesannya…… benarlah yang tersirat itu

  2. sudah masuk lokap boleh keluar lagi dalam TV, apa cete, siap boleh kempen lagi. Tak akan tiada seorang pun yang macam mat kilau, sound-aoundlah sikit, suruh duduk dalam diam-diam. Harap lambang aje keris tapi …

Comments are closed.