David De Gea. Foto Manchester Evening News.
LONDON – Manchester United sedang mempertimbangkan untuk menawarkan kontrak baharu kepada penjaga gol David De Gea menerusi terma kontrak yang akan dikurangkan.
De Gea telah menjadi penjaga gol pilihan utama di United sejak 2011 dan bakal mengatasi 10 pemegang rekod bagi penampilan terbanyak sepanjang zaman bagi kelab itu.
Pemain Sepanyol itu bakal menamatkan kontrak musim panas ini dan kini timbul tanda tanya sama ada United akan memperbaharui kontraknya ataupun tidak.
Menurut The Athletic, pemain berusia 31 tahun itu perlu bersetuju dengan potongan gaji yang ketara daripada gaji semasanya berjumlah £375,000 seminggu jika mahu kekal di Old Trafford.
Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan de Gea yang mendedahkan pada musim panas lalu bahawa dia terbuka hati kekal di United walaupun terpaksa berdepan pemotongan gaji.
Laporan yang sama menyatakan kelab itu sedang meninjau perkembangan penjaga gol Porto, Diogo Costa dan penjaga gol Athletic Bilbao, Unai Simon dalam usaha mencari penjaga gol baharu kelab.
Situasi yang pelik apabila De Gea tetap dipilih beraksi dalam kesemua 15 perlawanan untuk United sejak Erik Ten Hag mengambilalih kelab pada musim panas lalu.
“Kami tidak membuat keputusan mengenainya tetapi apa yang boleh saya katakan ialah saya sangat gembira dengan aksi David de Gea sebagai penjaga gol United.
“Dua persembahan pertamanya musim ini bukanlah yang terbaik tetapi selepas kamu lihat sumbangannya membantu di kubu pertahanan pasukan, memberikan kestabilan dan berdasarkan pendapat peribadi, saya suka dia serta boleh bekerjasama dengan sangat baik,” kata Ten Tag. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast