PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai lima anggota polis yang didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di Menara UP, Jalan Puchong, di sini, ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Difahamkan dalam serbuan pada jam 11.45 malam semalam, polis turut merampas pelbagai jenis dadah daripada tiga anggota yang ditahan itu.

Berdasarkan butiran laporan serbuan berkenaan yang tersebar menerusi aplikasi telegram, seorang anggota yang ditahan itu berpangkat Sarjan manakala empat lagi berpangkat Koperal.

Empat anggota yang ditahan bertugas di Bahagian D6 dan D10, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan seorang lagi bertugas di Bahagian D4, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Selain penahanan anggota terbabit, pasukan serbuan tersebut turut menahan seorang wanita yang merupakan penjaga premis, seorang pelayan wanita warga Vietnam dan tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki bekerja di premis terbabit.

Dalam serbuta itu, pihak merampas 6.93 gram dadah jenis syabu, 0.87 gm dadah ganja, 5.65 gm dadah jenis ketamin, 26 pil eramin 5, peralatan muzik dan pembesar suara.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette