Gambar dekat jambatan berusia 143 yang runtuh di Morbi, Gujarat. foto Twitter

GUJARAT – Angka korban jambatan runtuh di Morbi dekat ini sudah meningkat kepada 141 orang dan jumlah dijangka terus meningkat, menurut laporan media tempatan.

Kebanyakan mangsa adalah kaum wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Jambatan berusia 143 tahun yang dibina pada era kolonial pada abad 19 itu baru sahaja dibuka seminggu lalu selepas selesai dibaik pulih.

Ia sepanjang 230 meter merentasi Sungai Machchhu.

Punca runtuhan disebabkan terlebih kapasiti memandangkan penduduk setempat masih lagi meraikan Diwali.

Pihak berkuasa tidak dapat memastikan berapa ramai yang menggunakan jambatan itu semasa kejadian berlaku pada jam 6.40 petang Ahad, namun tidak menolak kemungkinan antara 400 hingga 500 orang.

Setakat ini lebih 177 orang berjaya diselamatkan.

Media turut melaporkan operasi mencari dan menyelamat di sepanjang sungai itu sedang diteruskan manakala para penyelam juga digunakan.

Empat kren digunakan untuk mengangkat serpihan jambatan dan usaha mengesan mangsa -mangsa terperangkap juga dilakukan.

Satu video sebelum jambatan runtuh menunjukkan jambatan berkenaan penuh sesak itu berhayun manakala orang ramai memegang jaring sepanjang laluan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast