Zaid Ibrahim Bersatu Pas UMNO PRN Najib
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Penyokong Pas di Kelantan dan Terengganu diminta supaya tidak mengundi calon-calon Perikatan Nasional (PN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pemimpin UMNO, Datuk Zaid Ibrahim berkata, mereka juga seharusnya mendengar nasihat bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali agar para penyokong Pas mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN).

“Kalau Jeli pakai label Pas, tak gunalah kita undi dia. Apasal dia pakai silap mata ni?

“Kalau dia bukan Pas apasal dia nak bertanding bawah label Pas,” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang disiarkan dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Mohd. Khairuddin menggesa penyokong Pas khususnya di Terengganu mengundi BN pada PRU15 bagi menghalang Pakatan Harapan (PH) daripada berkuasa semula.

Pada 27 Oktober lalu, media melaporkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Bersatu akan bertanding menggunakan logo Pas di Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Zaid memberitahu, penyokong BN khususnya di Kelantan seharusnya menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan untuk mewakili parti pada PRU15.

Beliau berharap mereka tidak terikut-ikut dengan sikap penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertelagah sesama sendiri kerana tidak berpuas hati dengan senarai calon yang diumumkan pucuk pimpinan.

“Calon yang dikemukakan oleh parti tu kita sokong sahajalah, jangan pertikai. Jangan jadi macam puak-puak PH dan Bersatu berkelahi sesama sendiri, ada yang letak jawatan,” jelasnya.

Zaid menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab memutuskan pemilihan calon parti itu menunjukkan tiada solidariti sesama mereka.

“Presiden dan Timbalan Presiden pun tak sebulu, calon pun bercelaru,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Apa yang dia mengarut ni? BN dah putuskan tak kerjasama sebab tak setuju dengan PAS berkolaborasi dengan Bersatu, tiba-tiba nak PAS sokong dia semula. Cakap putar belit apa ni?
    Tak ingatkah Johor, (konon berasa murah hati) tawar 4 kerusi pd PAS tapi BN nak selebih 52 kerusi. Secara logik, atas dasar kerjasama yang mana pengagihan kerusi berat sebelah sebegitu rupa? 10% pengagihan pun tak sampai. This is what we called, BN being too delusional yet again & again (rolling eyes)

    • You faham tak apa jadi sebenarnya di Johor…PAS tersalah congak bro.. dia taknak dgn BN sbb BN tawar kerusi confirm menang 4 kerusi.
      PAS pilih bersama BERSATU yang tawarkan dia 15 kerusi yang tak pasti menang ke tidak…

      kesimpulannya kalau PAS bersama BN, dia dah ada 4 kerusi di Johor. sebab 4 kerusi yg BN tawarkan tu BN menang (maknanya kalau PAS ambik kerusi tu PAS menang)

      Tapi dia nak 15 kerusi kan.. langsung tak menang 1 kerusi pun….

      so faham kan scenario politik di Johor tu bro….

  2. zaid dengan Senarionya LOMPAT SIKATAK LOMPAT…dari umno ke dapig ke umno….sendiri FIKIRLAH TIADA TETAP PENDIRIAN

Comments are closed.