PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pagar rumah jirannya di Taman Cheneras Jaya, Kuala Lipis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Ibrahim @ Abdullah Bin Che Mamat, 73, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Lipis.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan dalam perjalanan dari bandar Kuala Lipis hendak balik ke rumahnya  dalam nahas jam 10.40 pagi pada 31 oktober 2022.

“Motosikal yang dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pagar rumah sebelum terjatuh ke dalam longkang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1988. – MalaysiaGazette