LONDON – Penyerang, Marcus Rashford membuktikan dia masih berbisa apabila menjaringkan gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan West Ham 1-0 di Old Trafford, awal pagi.
Menerima hantaran lintang dari Eriksen, tindakan susulan pantas dari Rashford menanduk kencang yang menjadikan satu-satunya gol dalam perlawanan itu.
Selain itu bukan sahaja manis dengan gol kemenangan tetapi ia merupakan gol yang ke 100 buat Rashford yang baru berusia 24 tahun.
Statistik yang mengagumkan dari Rashford adalah penting untuk dia kembali menyerlah kerana menampilkan aksi teruk musim lalu.
Legenda England, Gary Lineker menerusi ciapannya di laman Twitter menyifatkan pemain itu sangat berbakat dan gembira kembali dalam prestasi terbaiknya..
Selain itu Ten Hag juga memuji anak buahnya yang menjaringkan gol kemenangan walaupun dalam perlawanan yang agak sengit
“Adalah hebat untuk Manchester United mempunyai akademi yang hebat dan sejarah yang hebat, pada ulang tahun ke-85 sentiasa mempunyai pemain remaja dalam skuad, dan saya fikir Marcus Rashford mewakili fakta itu dan boleh menjaringkan gol yang cemerlang.
“Ia benar-benar hari penting untuknya sebelum hari lahirnya pada hari Isnin dan tandukan yang cemerlang.
“Sukar untuk dikatakan tetapi saya sentiasa melakukan yang terbaik untuk mendorong pemain ke tahap maksimum untuk masuk ke dalam personaliti mereka.
“Dan kami mempunyai hubungan yang baik. Saya melihat Marcus Rashford yang benar-benar gembira, tersenyum dan menikmati permainan dan seronok berada di Carrington dan berada di m sekeliling pasukan. Itu adalah asas yang bagus untuk beraksi,” katanya. – MalaysiaGazette