Annuar Musa dalam sidang media hari ini.

KUALA LUMPUR –  Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Datuk Seri Annuar Musa mengesahkan beliau tidak dijemput ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini.

Malah, selain beliau, Annuar akui ada 12 nama yang didakwa kena ‘pancung’.

“Kalau ikut rumour 12 tu termasuk saya. Benda ini saya akui, saya tak nafikan, lagipun buat apa nak pura-pura, buat apa nak sembunyi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Keyakinan itu berdasarkan beberapa pemimpin lain sudah menerima jemputan untuk menerima watikah calon pada malam ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, beliau okay memandangkan parti masih berunding, justeru menyerahkan kedudukannya kepada UMNO.

Barisan Nasional dijangka mengumumkan calon-calon PRU15 di Dewan Tun Hussein Onn pada jam 8.30 malam ini.

Pada PRU14, Annuar berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 4,626 undi.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, beliau tidak akan melobi jika tidak dicalonkan lagi.

“Parti ada sistem, jangan buat spekulasi biarlah proses itu berjalan dan kita serahkan kepada parti khusus pucuk pimpinan untuk memilih siapa yang patut terima watikah.

“Soal calon bukan benda yang kena mintak-mintak, lobi-lobi. Kalau parti tidak pilih kita, ia bukan pengakhiran untuk segala-galanya.

“Kita terima sahajalah keputusan parti,” katanya.

Menjawab pertanyaan apakah rancangan seterusnya jika tidak dicalonkan, Annuar dengan tenang berkata: “Biar benda tu terjadi baru kita fikir. Kalau hendak mendahulu qadak dan qadar tu tak payahlah.

“Jangan panik, jangan menggelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanya dalam hidup.

“Ini perkhidmatan kepada rakyat, yang penting kita jujur. Kita buat kerja sampai habis sehingga ahli Parlimen baru dilantik.

”Jangan kalau kita nak sesuatu tetapi tak dapat jiwa akan sakit, dalam politik banyak kemungkinan,” ujarnya sambil menambah situasi tidak dipilih sebagai calon akan dilalui oleh semua pemimpin.

“Jangan panik, jangan gelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanya. Jangan kalau kita nak sesuatu tetapi tak dapat jiwa akan sakit,” ujarnya sambil menambah situasi tidak dipilih sebagai calon akan dilalui oleh semua pemimpin.

“Takkanlah kita nak jadi ahli Parlimen selama-lamanya, kita terima realiti itu,” jawab beliau lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Sayang kalau lepaskan pemimpin macam Annuar Musa ni… Harap Tuan Presiden tak main politik dendam…

Comments are closed.