PH janji
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengkhianat.

Ini kerana, kedua-duanya adalah pengasas kepada persekongkolan DAP dan sempat bermaharajalela selama 22 bulan melalui Kementerian Kewangan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu turut mendakwa, Mahathir dan Muhyiddin juga menipu rakyat dengan janji 100 hari.

Dakwanya, Mahathir dan Muhyiddin membisu apabila aset Tabung Haji dan Khazanah Nasional Berhad dijual, semasa Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) cuba diratifikasikan.

Sebenarnya amat mudah hendak pastikan siapa pengkhianat – Mahathir

Selain itu, mereka bersekongkol kerana Malaysia kehilangan Pulau Batu Putih, katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kesediaan Mahathir untik melupakan pengkhianatan Muhyiddin supaya Gerakan Tanah Air dan Perikatan Nasional boleh bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 untuk menumbangkan UMNO.

Dakwa Puad lagi, kedua-duanya juga menaikkan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, juga terpalit dengan pendedahan Tommy.

Lantaran itu, kata Puad, rakyat patut menghukum mereka pada 19 November ini. – MalaysiaGazette

Tun M yang mulakan gerakan keluar PH, tapi buat u-turn – Muhyiddin