Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias

IPOH – Pendakwah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias menarik diri daripada menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Larut.

Tempat beliau digantikan oleh Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN) Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

Perkembangan terkini itu diumumkan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis pengumuman calon BN Perak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

“Pertukaran ini kerana Ustaz Kazim menarik diri di saat akhir,” katanya.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette