MELAKA – Padah menyeludup lima pendatang asing tanpa izin (PATI) tiga tahun lalu, seorang bekas komando dan nelayan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Hakim Mohd Radzi Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, bekas komando Zulkifli Bakar, 61 dan Norizan Abu Seman, 51, membuat pengakuan bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Zulkifli dan Norizan didapati menyembunyikan lima PATI dari Indonesia untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah bernombor 3469, Jalan Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka pada jam 12.30 malam, 6 ogos 2019.
Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh ditahan bersama lima PATI terbabit di rumah berkenaan dalam Ops Pintas yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.
Kesemua PATI terbabit ketika itu sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal melalui perairan Tanjung Bidara.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Mohd Nabilalif Mohd Rosli dilakukan didakwa di bawah Seksyen 26AAkta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIOSOM), 2007.
Sabit kesalahan boleh dipenjara selama 15 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork. – MalaysiaGazette