PH janji
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) didakwa hanya mempunyai dua cara untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) iaitu dengan memfitnah dan berjanji.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pembangkang masih gagal mencari fitnah dan propaganda bohong yang berkesan justeru pada saat-saat akhir ini mereka menggunakan cara kedua iaitu berjanji.

Menurut beliau, PH masih lagi berjanji akan menghapuskan semua tol jika PH menang PRU-15.

“Tetapi dalam manifesto PRU-15, mereka janji untuk kurangkan tol secara berperingkat sahaja. Pengurangan tol 18 peratus masa PH memerintah dijadikan kebanggaan.

“Tetapi PH bohong. PH sembunyi fakta. Walaupun kadar tol turun 18 peratus tetapi tempoh konsensi tol yang patut tamat pada 2038 hanya akan berakhir pada 2058.

“Bermakna tambah 20 tahun lagi. Itulah cara PH. Terus menipu,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Pada 30 Oktober lalu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berjanji bahawa tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) akan dimansuhkan jika PH membentuk kerajaan selepas PRU-15. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. BN apa kurang nya.. selama lebih 50 tahun melayu hidup penuh dengan janji Manis kesudahanya merempat di Negara sendiri

Comments are closed.