Eizlan Yusof

KUALA LUMPUR – Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof terus bergegas ke Sabak Bernam untuk penamaan calon yang berlangsung Dewan Tun Raza selepas habis penggambaran filem terbaharunya pukul 6 pagi tadi.

Eizlan yang juga calon Parlimen Sabak Bernam mewakili Gerak Tanah Air (GTA) di bawah logo Pejuang mengaku perlu melunaskan tanggung jawab sebagai pelakon sebagai keutamaan namun beliau tidak boleh memandang ringan hari penamaan calon.

“Kebetulan babak semalam adalah terakhir yang membolehkan saya fokus pada peristiwa hari ini yang juga penting kerana membabitkan amanah rakyat demi bangsa dan negara.

“Perasan saya hari ini bercampur baur, ada rasa berdebar namun pada masa sama teruja.

“Tetapi saya tidak mahulah terlalu teruja. Saya melihat langkah pertama ini (penamaan calon) satu tanggungjawab buat saya untuk membawa amanah rakyat ke peringkat lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Eizlan tiba di Pusat Penamaan Calon Sabak Bernam pukul 8.30 pagi diiringi isteri, Datin Sri Natasha Rosa Boudville, rakan-rakan dan penyokong.

Kertas pencalonan beliau diterima pukul 9.05 pagi.

Dalam pada itu, Eizlan atau nama sebenar, Idris Md Yusof berharap masyarakat di Parlimen Sabak Bernam dapat memberi peluang untuk beliau menjalankan tugas.

Eizlan, 51, bakal merebut kerusi Parlimen Sabak Bernama yang turut ditandingi calon dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast