Tengku Adnan Tengku Mansor bersama penyokongnya berarak menuju Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya, bagi menyerahkan borang pencalonan.

PUTRAJAYA – Dua calon yang bertanding kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Dr Radzi Jidin tiba di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini, bagi menyerahkan borang pencalonan.

Tengku Adnan yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya sejak 2004 ditemani lebih 1,000 penyokong.

alon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) masih belum kelihatan.

Bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Parlimen Putrajaya bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), Radzi (Perikatan Nasional), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PKR) dan Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang).

Pada PRU14, Tengku Adnan berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya buat penggal keempat apabila menang dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon Pas, Zainal Abidin Kidam dan PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast