Kohilan sedang berbincang dengan pengundi Batu, anggota bomba sukarela di Batu sempena berkempen PRU15 hari ini.

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional Parlimen Batu Datuk A.Kohilan Pillay gembira dengan penerimaan positif daripada komuniti masyarakat Tiong Hua kali ini yang menyambut baiknya.

Situasi positif itu petanda baik masyarakat Cina mula menerima Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi harapan untuk BN menawan semula kerusi kontroversi ini pada 19 November nanti.

“Selepas penamaan calon semalam (Sabtu) saya mula bergerak ke setiap kawasan perumahan pengundi majmuk di Parlimen Batu pengundi Melayu, Cina dan India.

“Mereka menerima baik kehadiran saya sebagai calon BN,” kata anak jati Batu ini.

Naib Presiden MIC itu juga menambah,  beliau juga akan mengadakan perjumpaan dengan lebih ramai pengundi Cina memandangkan sokongan mereka yang beransur positif membuktikan BN kekal relevan dalam hati masyarakat Batu.

Beliau juga mengakui pembangkang yang terus menyerang BN dengan pelbagai tohmahan namun yakin pengundi di Batu khususnya masyarakat Tiong Hua adalah komuniti yang bijaksana yang boleh berfikiran kritis dan tidak akan terpedaya dengan janji palsu pembangkang.

“Sokongan yang semakin bertambah dari pengundi Cina meningkatkan semangat berkempen untuk BN dan itu satu petanda baik BN mampu membawa kejutan merampas semula kerusi ini daripada pembangkang selepas tiga penggal.

“Saya tidak mahu terlibat dalam perang mulut dengan pembangkang kerana saya mahu lebih fokus kepada agenda pembaharuan yang perlu direncanakan kepada pengundi Batu di sini.

“Untuk itu sudah pasti saya akan tampil dengan manifesto memfokuskan isu isu penting yang perlu didekati dan ditangani di Batu nanti apabila diangkat sebagai wakil rakyat pada 19 November ini,” tambahnya yang enggan cepat leka dengan sokongan ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast