Ikan sungai yang segar antara yang dijual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.

TEMERLOH – Dahulu Pekan Sehari di sini pernah digelar sebagai Gesel Street.

Nama itu diberi kepada pekan sehari yang dipercayai sudah bermula secara kecil-kecilan sekitar 1800-an di tebing sungai Kuala Semantan.

Gesel bermakna pengunjung terlalu ramai sehingga bergesel sesama sendiri dan hingga kini ia masih begitu.

Apa yang menarik, Pekan Sehari Temerloh ini pernah diiktiraf sebagai pekan sehari yang terpanjang di Malaysia satu masa dahulu.

Ia terletak di persisiran Sungai Temerloh sepanjang lebih 2,000 meter melibatkan lebih 1,000 peniaga dan menjadi tumpuan masyarakat termasuk dari luar Pahang untuk mendapatkan pelbagai barangan.

Pekan Sehari Temerloh dipenuhi dengan jualan pelbagai jenis barangan termasuklah ikan-ikan sungai seperti patin, kerai dan lampam selain kuih muih tradisional, sayur-sayuran hasil petani desa yang dijual dengan harga berpatutan.

Pasar itu dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari.

Peniaga dan pengunjung terdiri daripada segenap lapisan masyarakat yang mencerminkan keharmonian masyarakat Temerloh.

Pekan Sehari Temerloh merupakan pasar yang terbesar di semenanjung Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Peniaga membawa ikan patin segar untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Pengunjung membeli petai yang dijual dengan harga murah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Pekan Sehari Temerloh merupakan pasar yang terbesar di semenanjung Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Kegigihan seorang wanita menjual jering ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Kuih tradisional Pahang iaitu Kuih Badak Kubang antara yang dijual Pekan Sehari Temerloh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Peniaga membawa ikan patin segar untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Peniaga membawa ikan patin segar untuk dijual kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli ikan sungai yang segar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Seorang peniaga mengasingkan isi perut lembu yang dijualnya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Pengunjung dapat menikmati makanan sambil melihat pemandangan Sungai Pahang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Terdapat pelbagai sayur-sayuran yang segar boleh didapati di Pekan Sehari Temerloh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Pengunjung membeli anak pokok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Pekan Sehari Temerloh juga menyediakan kedai makanan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Reaksi peniaga warga emas menunggu pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pekan Sehari Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.
Ikan tapah bersaiz besar juga turut antara tarikan Pekan Sehari Temerloh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Temerloh, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2022.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast