Jalan Seksyen 17 berhampiran Terminal Bas dinaiki air sedalam 0.5 meter pada jam 4 petang, semalam.

SHAH ALAM – Hujan lebat beserta angin kencang melanda Shah Alam petang ini, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat kira-kira jam 3 petang ini.

Hujan yang berterusan sehingga jam 5.30 petang ini dan reda pada jam 6 petang memaksa penduduk di Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 25, Seksyen 32 dan Kampung Padang Jawa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Banjir kilat di Seksyen 24 Shah Alam petang ini.

Ini kerana kawasan itu dilaporkan dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter.

Beberapa jalan raya sekitar kawasan itu dilimpahi air menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas. – MalaysiaGazette

Berita lanjut menyusul

1 Komen

  1. Jangan salahkan PH & PN, kalau pengundi terpaksa meredah banjir dan berpayung untuk mengundi. Salahkan semua ini pada UMNO yang tidak dengar kata.

Comments are closed.