KEWUJUDAN teknologi semakin moden dan inovatif pada era globalisasi ini. Media sosial telah menjadi saluran komunikasi dan penyebaran maklumat kepada masyarakat dalam aktiviti seharian. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian masyarakat telah menyalahgunakan media sosial untuk menyalurkan informasi dan berita yang tidak sahih bahkan juga memberi kesan negatif kepada masyarakat.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), ketua pegawai telah menerima sebanyak 3,285 aduan berkaitan Covid-19 daripada rakyat sejak tahun 2020 hingga 31 Mei 2022. Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi penyebaran informasi yang tidak tepat.
Masyarakat perlu membentuk pemikiran yang rasional. Hal ini terjadi kerana rakyat akan menimbulkan kekeliruan dan berselirat sama ada informasi yang disampaikan itu sahih. Misalnya, sebagai rakyat Malaysia, haruslah berfikir dengan kognitif serta melayari laman web untuk memastikan informasi telah disahkan dengan kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa tertentu atau media rasmi seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menyampaikan mesej-mesej kepada orang lain dan juga di media sosial. Tuntasnya, tindakan yang bermoral dan tanggungjawab seseorang akan mengelakkan peningkatan maklumat yang tidak tepat.
Seterusnya, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk memberi didikan kepada anak-anak mereka. Pendidikan adalah penting kepada anak-anak muda agar dapat membezakan sama ada maklumat yang disampaikan sahih atau tidak sahih di samping tidak bertindak dengan tanpa kebenaran untuk menyalurkan informasi yang tidak tepat. Tamsilnya, ibubapa mestilah menganalisis isu tentang penyebaran mesej yang benar serta berlakon sebagai modal insan yang melakukan perbuatan yang baik kepada anak mereka.
Kesannya, didikan yang bermoral dapat menyampaikan ilmu kepada insan untuk membendung kegiatan penyebaran informasi yang tidak betul. Dalam konteks ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga memainkan peranan yang penting untuk menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada bagi mencegah masalah penyebaran maklumat yang palsu.
Hal ini demikian kerana masyarakat yang menyalahgunakan media sosial akan memandang berat atas hukuman berat dalam akta-akta macam didenda dan dijatuhkan hukuman penjara. Akta yang perlu dikuatkuasakan dalam menangani isu tersebut seperti Akta Anti Berita Tidak Benar (Pemansuhan) 2020 (Akta 825), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Sebagai contoh, masyarakat tidak akan dipengaruhi oleh berita palsu seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Pinang dalam TheStar, pihak polis dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) akan bekerjasama agar pilihan raya ke-15 berjalan dengan lancar. Justeru, pihak-pihak berkuasa adalah pendekatan yang berguna untuk membanteras penyebaran informasi di media sosial.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia mestilah berganding bahu untuk mengelakkan masalah penyebaran informasi yang palsu semakin serius dan mengurangkan kerisauan dan kekeliruan seseorang.
Tan Xin Yeu
Fakulti Perniagaan & Komunikasi,
Universiti Malaysia Perlis