Ferari milik Schumacher sudah dilelong. Foto Twitter

ANKARA – Kereta Ferrari F2003-GA milik juara dunia Formula 1 tujuh kali Michael Schumacher dijual pada harga AS$14.8 juta dalam satu lelongan di Geneva pada hari Rabu.

“Dari Juara Dunia kepada pemegang rekod dunia, kereta Ferrari F2003-GA yang paling berjaya kini merupakan kereta F1 moden paling bernilai tinggi dalam sejarah.

“Kereta yang dipandu Michael Schumacher dalam perjalanan mengejar gelaran keenamnya telah dijual pada harga CHF (Franc Swiss) 14,630,000 (AS$14,873,327) pada Luxury Week Sotheby’s di Geneva,” lapor Anadolu Agency memetik RM Sotheby’s, sebuah syarikat lelongan kereta klasik yang beribu pejabat di Blenheim, Ontario, Kanada di Twitter.

Pada 2017, sebuah lagi Ferrari yang dipandu Schumacher – F2001 dijual pada harga AS$7.5 juta oleh Sotheby’s di New York.

Schumacher dari Jerman, 53, masih dalam proses pemulihan sejak mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan ski pada Disember 2013.

Beliau diletakan dalam keadaan koma selama beberapa bulan selepas kemalangan itu. Keluarganya dibenarkan memindahkannya pulang pada September 2014. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast