Calon Barisan Nasional (BN) N.45 Simpang Pulai, Dr Lee Wai Yin sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Hotel Casuarina, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

GOPENG – Tidak banyak perubahan dapat dilihat di Parlimen Gopeng sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah hampir 15 tahun.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Pulai, Dr Wayne Lee Wai Yin mendakwa, ini kerana selama temph tersebut wakil rakyatnya lebith berminat berpolitik berbanding berusaha membawa kemajuan.

“Di sini sini tiada lagi pembangunan, infrastruktur dan kebajikan penduduk sejak mula di perintah PH. Mereka lebih gemar bercakap isu politik dan nasional sahaja.

“Golongan belia sudah ramai berhijrah kerana tiada peluang pekerjaan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Parlimen Gopeng merangkumi tiga DUN iaitu Simpang Pulai, Sungai Rapat dan Teja.

Menurut Dr. Wayne, beliau yang menemui penduduk setempat mendapati hati mereka berubah berikutan banyak janji PH yang tidak dikotakan.

Tambah beliau, walaupun DUN Simpang Pulai bukan milik MCA, namun terus berkhidmat untuk penduduknya sejak empat tahun lalu.

Berikutan itu, Wayne berjanji akan membangunkan kawasan tersebut jika mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya berhasrat untuk memperjuangkan nasib golongan belia yang semakin ramai meninggalkan tempat lahir mereka kerana tiada peluang pekerjaan untuk mereka di sini,” ujarnya sambil menambah beliau berazam untuk menari pelabur ke Sungai Siput.

Dr Wayne akan berdepan calon berdepan calon Perikatan Nasional, K Selvam, Wong Chai Yi (PH) dan Hooi Mi Suet (Warisan) dalam merebut kerusi DUN Sungai Siput pada 19 November ini. – MalaysiaGazette