Suasana dalam PAsar Chow Kit.

KUALA LUMPUR – Seramai 2,800 daripada 4,000 peniaga luar dan dalam Pasar Chow Kit di Jalan Raja Bot rugi dan ada yang terpaksa gulung tikar disebabkan projek pembangunan semulanya yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terbengkalai sejak 10 tahun lalu.

Projek itu dimulakan pada 2013 namun disebabkan pelbagai masalah ia masih belum selesai sehingga tahun 2018.

Selepas Pakatan Harapan mengambil alih pemeritahan daripada Barisan Nasional (BN), lima kontraktor dilantik tetapi juga gagal mengubah wajah pasar yang terletak di tengah-tengah bandar raya ini.

Yong Pit Wei

Kesal dengan situasi ini, Penasihat Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil kawasan Chow Kit, Yong Pit Wei berkata, mereka memerlukan waki rakyat yang kuat supaya boleh memperjuangkan hak mereka.

“Kalau boleh kami mahu wakil rakyat lain yang lama sudah hilang supaya boleh ada kesalinganhubungam memandangkan kedudukan kita terlalu rendah di mata pihak berkuasa (DBKL).

“Justeru kami cuma mahu dan perlukan seorang wakil rakyat yang lantang bersuara untuk kami. Dengan itu, pihak berkuasa akan memberi perhatian yang sewajarnya. Sebelum ini, kita dah buat libat urus serta berdialog dengan mereka tapi suara kami tidak diendahkan,” katanya.

Pasar yang cukup terkenal dalam kalangan warga kota kerana harganya lebih murah, kini semakin kritikal kerana masalah parkir.

Disebabkan itu, kata Pit Wei gerai makan Melayu di Pasar Ria ‘habis bungkus walaupun bekas penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pernah menaja kerusi meja kepada mereka.

“Kedai Cina pun separuh ‘habis’ sebab tak ada orang datang,” tambahnya sayu.

Jelasnya,  Pasar Chow Kit menjadi tumpuan warga kota dan pengunjung luar ini sudah berusia 64 tahun lalu.

Seiring dengan usia ’emas’nya, sudah tentu pasar ini cukup daif dan hambar.

Mohd Zulhaidi Md Isa, Pengunjung

Pengunjung, Mohd Zulhaidi Md Isa ,49, berkata, dia ke pasar berkenaan setiap hari bagi membeli barangan basah kerana  berniaga.

Katanya, masalah besar pasar ini kerana tiada parkir, menyebabkan terpaksa mencari kawasan di merata-rata tempat.

“Kalau Isnin pasar ini tutup, kalau hari minggu memang sesak sangat, punca utama tak ada tempat parkir. Memang tidak selesa tapi saya terpaksa ke pasar sebab berniaga.

“Saya harap ada penambahbaikan pasar ini untuk pengunjung, apatah lagi kedudukanya di tengah-tengah bandar,” katanya pada pemberita, hari ini.

Muhammad Helmi Othman, Peniaga

Bagi Muhammad Helmi Othman, 35, yang membantu keluarga berniaga ayam di pasar itu sejak 30 tahun lalu gusar kerana bilangan pelanggan yang datang semakin berkurangan.

Keadaan ini disebabkan kemudahan awam yang kurang dan infrastruktur yang tidak teratur dan masalah perparitan menyebabkan keadaan becak, sekali gus nampak kotor.

“Saya dah meniaga sini 10 tahun daripada keluarga, kalau boleh kita harap segerakan pasar baharu yang dah terbengkalai sejak 2018 sebab sekarang susah nak dapat pelanggan disebabkan parking tiada untuk mereka datang.

“Bukan itu sahaja, kita yang meniaga pun tak selesa dengan ada masalah perparitan, lantai selalu basah. Malu jugalah dekat pelancong yang datang ke sini sebab pasar ini di tengah-tengah bandar.

“Kalau boleh jadikan pasar ini macam dekat Thailand yang memang cantik dan tersusunlah. Apapun sediakanlah tempat letak kereta untuk pengunjung. MalaysiaGazette