Remko Pasveer. Foto Tweeter B/R Football

LONDON – Penjaga gol, Remko Pasveer akhir terpilih ke Piala Dunia bersama pasukan Belanda pada usianya 39 tahun walaupun impian itu hampir menjadi sekadar angan-angan kosong sebelum ini.

Siapa sangka, penjaga gol veteran itu awalnya ditandatangani Ajax sebagai penjaga gol ketiga kelab pada usianya 37 tahun.

Namun krisis kecederaan penjaga gol membuatkan Pasveer menjadi penjaga gol utama kelab itu.

Dia kemudian memahatkan namanya sebagai penjaga gol utama Ajax dengan persembahan yang cemerlang.

Pasveer yang ditandatangani secara percuma itu kemudian mendapat panggilan kebangsaan pertamanya pada usia 38 tahun.

Kisah indah perjalanan lewat karier Pasveer dilengkapkan lagi dengan cerita bahawa dia akan bersama dengan skuad Belanda yang akan terbang ke Qatar untuk kempen Piala Dunia 2022.

Dia turut berjaya mengenepikan nama besar Jaspe Cillessen daripada senarai akhir yang kini beraksi untuk NEC Nijmegen

Cillessen merupakan penjaga gol utama Belanda pilihan Van Gaal ketika Piala Dunia 2014. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast