Elon Musk terpaksa menghentikan langganan lencana biru.

KUALA LUMPUR- Twitter Inc. menghentikan perkhidmatan langganan lencana biru sebanyak AS$8 sebulan susulan pertambahan akaun palsu, semalam.

Pemilik baharu Twitter, Elon Musk dikatakan terpaksa mengambil tindakan itu selepas platform media sosial berkenaan kecoh dengan akaun-akaun palsu yang menyamar menjadi tokoh yang pernah menerima lencana biru.

Perkara itu dikongsikan secara meluas menerusi ciapan di Twitter termasuk personaliti-personaliti terkenal yang pernah mendapat verifikasi lencana biru.

Sebelum ini, tanda biru itu dikhaskan kepada akaun ahli politik, personaliti terkenal, wartawan dan tokoh awam yang telah disahkan.

Namun begitu, Elon mahu pilihan itu dibuka kepada semua orang yang sanggup membayar langganan.

Menurut pemilik baharu Twitter itu, beliau mahu meningkatkan pendapatan platform media sosial itu.- MalaysiaGazette