Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Reading Progress ketika di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2022.

PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin mengingatkan pengundi supaya berhati-hati memilih kerajaan pada 19 November depan.

Jelasnya, episod ‘order’ lain dapat lain pasti akan berulang sekiranya pengundi memilih Barisan Nasional (BN).

“Kalau pilih Barisan Nasional (BN), tempah lain dapat lain. Poster boy orang lain, pengerusi partinya orang lain

“Rasa-rasanya pengerusi partinya nak tengok sahaja ke orang lain jadi Perdana Menteri,” katanya ketika melancarkan Tawaran Radzi Jidin untuk Putrajaya, lewar malam tadi.

Radzi melihat akan berlaku kemelut dalam BN kerana ahli-ahli politik yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dipancung daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

“Kawan-kawan poster boy kena kerat habis dah.

“Semua kena sembelih (digugurkan) habis dah, tinggal poster boy seorang sahaja,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu, BN mengetengahkan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai calon Menteri Besarnya namun selepas itu, Datuk Onn Hafiz yand dilantik ke jawatan tersebut.

Mendepani cabaran untuk merampas kerusi Parlimen Putrajaya dari BN, Radzi yang mewakili Perikatan Nasional (PN) tampil dengan manifesto beliau.

Radzi menggariskan lima tunjang utama dengan 50 tawaran khusus untuk pengundi-pengundi Putrajaya.

Antaranya pewujudan sebuah pusat khidmat one stop centre yang berperanan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Ahli Parlimen, Akademi Anak Putrajaya untuk memberikan peluang kepada anak-anak Putrajaya mendapatkan akses kepada program atau aktiviti pembangunan kendiri serta dana khas Komuniti Rukun Tetangga sebanyak RM10,000 akan diperuntukkan kepada setiap KRT untuk melaksanakan program kemasyarakatan.

Yang lain adalah penawaran produk pelancongan baharu bernilai tinggi di Putrajaya, penawaran produk pelancongan baharu bernilai tinggi, peruntukan sekurang-kurangnya RM5,000 setahun disediakan kepada PIBG dan perkhidmatan bas sekolah berdaftar disediakan secara percuma untuk murid miskin. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. DUN JOHOR telah buktikan…HASNI dikekalkan tapi ONN yang dinaikkan.

    …Umnongok Bila Hilang Kemaluan hajat zahid GAGALLL….war2kan kehendak SULTAN….tapi SEMBAH DERHAKA bila angkat SUMPAH MB BARU….ZAHID DAN SEKUTUNYA hilang dari majlis….lihatlah nanti betul ke DENDANGAN UMNOBN….NO ANWAR NO DAP betul2 dibuat atau Retorik PANCING UNDI….ZAHID pun dah ngaku video dengan ANWAR….siapa sebenar MUNAFIK

  2. ITULAH SEBAB ANWAR TIDAK BERANI BERDEPAN ZAHID DI BAGAN SERAI….ada yang tersirat..LUAR MUSUHAN,,,BELAKANG BEGITU ERAT

Comments are closed.