Selepas gagal masuk USM, Fahmi Reza akhirnya menganjurkan kelas demokrasi di sebuah restoran mamak tidak jauh dari universiti itu.

GEORGE TOWN – Restoran mamak di Sungai Dua di sini, jadi lokasi pereka grafik dan aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin menganjurkan ‘kelas demokrasi’.

Difahamkan Mohd Fahmi Reza terpaksa menganjurkan program di premis luar selepas Universiti Sains Malaysia (USM) tidak membenarkan aktivis itu menganjur sebarang program dalam kawasan kampus.

Poster awal kelas demokrasi anjuran Fahmi Reza yang dijadualkan berlangsung di USM Pulau Pinang.

 

Mohd Fahmi Reza dikatakan akur dengan arahan pihak universiti sebelum meneruskan program tersebut di restoran mamak yang terletak tidak jauh dari kampus universiti.

Terdahulu, Mohd Fahmi menulis memuat naik kapsyen #KelasDemokrasi @ USM, 9.00 malam, Cafe Desa Indah Kembara USM. Jumpa nanti! di Twitternya.

Berdasarkan poster itu, kelas tersebut sepatutnya dijadualkan berlangsung selama dua jam iaitu bermula jam 9 hingga 11 malam di Kafe Desa Indah Kembara, USM. – MalaysiaGazette