KOTA TINGGI – Mantan Ahli Parlimen Tenggara  Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, beliau adalah seorang yang mempunyai hati yang besar dan akur dengan arahan parti.

Lantaran itu. beliau tidak pernah berkecil hati apabila namanya digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Ke-15 ini.

“Saya mempunyai hati yang besar, oleh itu tiada sebab untuk terasa hati.

“Lagipun, sekarang bukan masanya untuk merajuk tetapi tiba masanya kita semua bekerja keras memastikan Barisan Nasional menang dalam PRU15,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Majlis Ramah Mesra Tenggara Kota Tinggi hari ini.

Turut hadir calon BN bagi kerusi itu, Manndzri Nasib.

Adham yakin jika UMNO terus bersatu, kekuatan itu akan diterjemahkan dalam kemenangan pada PRU kali ini.

Dalam sidang media yang sama, Adham mahu semua penggundi di Parlimen itu memberi sokongan tidak belah-bahagi kepada Manndzri yang dipilih oleh pucuk pimpinan pusat.

”Saya yakin Manndzri akan memberi  khidmat terbaik kepada penduduk di sini. Beliau dilatih dengan cukup baik di Parlimen Tenggara kerana beliau sememangnya anak muda yang cukup dinamik dan berfikiran jauh,” jelas Adham lagi.

Manndzri, 42, yang pernah meraih beberapa anugerah belia termasuk Tokoh Belia Negara 2013 dan Anugerah Mercu Wangsa Felda 2018.

Oleh itu, Adham menaruh harapan tinggi semua penduduk di kawasan itu juga boleh memberi sokongan dan peluang kepada muka baharu di Parlimen tersebut. – MalaysiaGazette

Caption:Manndzri (kanan)

1 Komen

  1. Dato Adham Baba adalah wira UMNO yang perlu dicontohi. Tidak seperti Shahidan Kassim si katak lompat.

Comments are closed.