Calon GTA Parlimen Temerloh, Aminuddin Yahaya berkempen di Sanggang, Temerloh malam ini.

TEMERLOH – Calon Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Temerloh mendakwa di belakangnya ada ramai ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokongnya.

Bagaimanapun, Aminuddin Yahaya berkata, kebanyakan ahli-ahli NGO itu tidak mahu berpolitik dan mahu beliau sahaja ke depan.

“Di belakang saya ini sebenarnya banyak NGO-NGO, mereka ini memang tidak mahu keluar (berpolitik) sebab mereka NGO tetapi mereka memberi sokongan.

“Kalau sayalah yang menjadi taruhannya demi agama dan bangsa, so i’ll be the one. Biar saya yang menjadi taruhan,” katanya semasa berkempen di Sanggang dekat sini malam tadi.

Menurut Aminuddin, beliau mahu membawa suara NGO ke Dewan Rakyat dan tidakmahu lagi perjuangan mereka disia-siakan oleh kerajaan seperti sebelum ini.

Aminuddin merupakan bekas Pengerusi Sekretariat Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).- MalaysiaGazette