Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).-Foto MIRUL SHAUFIQ, 15 NOVEMBER 2022.

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 94.72% atau 212,961 orang pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan telah melakukan pengundian awal hari ini.

Undi awal ini juga serentak dengan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, sejumlah 224,828 orang pengundi awal akan menjadi kumpulan pertama mengundi pada proses pengundian di 578 Pusat Mengundi Awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Ikmalrudin Isham merakan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

”Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR. – MalaysiaGazette