Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan angka kumulatif kepada 36,566.

Manakala sejumlah 2,849 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh sama.

Pertambahan itu menjadikan kes keseluruhan bertambah kepada 4,915,009, menurut data KKMNOW.

Kes aktif pula sebanyak 27,914 dengan 25, 969 dikuarantin di rumah.

Seramai 1,848 dirawat di hospital termasuk 127 di unit rawatan rapi dengan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast