Subang Parade

KUALA LUMPUR – Hektar Asset Management Sdn. Bhd., Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Hektar (Hektar REIT), merekodkan hasil suku ketiga berakhir 30 September 2022 sebanyak RM31.06 juta, peningkatan ketara sebanyak 62.4 peratus berbanding RM19.12 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Hektar REIT dalam kenyataannya berkata, hasil yang lebih tinggi disebabkan oleh peningkatan pendapatan sewa, termasuk perolehan sewa yang lebih tinggi, peningkatan pendapatan tempat letak kereta dan penghunian hotel yang lebih tinggi.

Manakala pendapatan bersih hartanah sebanyak RM18.31 juta, meningkat 77.2 peratus berbanding RM10.33 juta pada suku ketiga 2021 dan pendapatan bersih yang direalisasikan ialah RM13.50 juta, peningkatan ketara sebanyak 861.8 peratus berbanding RM1.40 juta bagi suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn Bhd., Johari Shukri Jamil berkata, aktiviti runcit kekal kukuh pada suku dalam tinjauan.

Pemulihan dalam subsektor berkaitan pengguna, termasuk masa lapang, pelancongan antarabangsa dan hospitaliti, terus membantu dalam prestasi keseluruhan industri runcit.

“Pusat beli-belah Hektar REIT mempunyai kedudukan yang baik sebagai pusat membeli-belah kejiranan dan memanfaatkan kedudukannya yang hampir  dengan komuniti, memenuhi semua keperluan asas mereka serta peningkatan keinginan untuk makanan dan minuman (F&B) dan tawaran sosial seperti pilihan hiburan untuk dinikmati bersama keluarga & rakan-rakan mereka,” katanya di sini hari ini.

Prestasi Hektar REIT untuk sembilan bulan berakhir 30 September 2022  menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 25 peratus kepada RM89.55 juta berbanding RM71.62 juta pada tempoh yang sama 2021.

Pendapatan hartanah bersih meningkat 40.4 peratus kepada RM48.64 juta pada 9M 2022 berbanding RM34.63 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala pendapatan bersih yang direalisasikan meningkat sebanyak 256% kepada RM33.82 juta berbanding RM9.50 juta.

Johari Shukri menambah landskap runcit Malaysia menunjukkan pemulihan yang stabil apabila ia kembali ke tahap pra-pandemi, dan ia terbukti di seluruh portfolio Hektar REIT.

Pusat beli-belah merekodkan jejak yang lebih tinggi sebanyak 269 peratus tahun ke tahun bersama-sama dengan kiraan kenderaan 152 peratus lebih tinggi dari tahun ke tahun seiring dengan peningkatan berterusan dalam prestasi jualan penyewa di pusat membeli-belah kami, memberikan ruang utama untuk pertumbuhan sewa,” ujarnya.

Beliau menambah di sebalik prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh, pihaknya tetap berhati-hati dengan prospek suku tahun akan datang memandangkan landskap ekonomi yang tidak menentu didorong oleh dasar monetari hawkish sebagai tindak balas kepada tekanan inflasi.

Selain itu, sentimen pengguna yang tidak menentu serta isu rantaian bekalan dan logistik yang berlarutan yang berpunca daripada kebimbangan geopolitik. – MalaysiaGazette