KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran sebagai anak muda yang berprinsip dan bermaruah.
Katanya, pemuda itu sangat berani dan tegas apabila menolak tawaran RM10 juta untuk melompat parti.
Sambil berseloroh, Anwar menyifatkan Prabakaran sebagai anak Sivaji The Boss yang merujuk kepada sebuah filem tamil yang menampilkan hero yang melawan kerajaan rasuah.
“Dulu semasa ramai orang menjadi pengkhianat, tahu tak berapa ramai yang cari Prabakaran. Mereka nak bagi dia duit dan jawatan tetapi saya katakan pada beliau untuk pergi dulu ‘layan’ mereka dan kemudian lapor pada saya.
“Dia datang lapor juga kepada saya dan dia tolak tawaran itu sebab dia berprinsip tak mahu khianati pengundi Batu yang pilih dia dan menaruh kepercayaan terhadapnya. Ini baru Sivaji punya anak, beliau tidak boleh dibeli sebab itu saya kata Prabakaran perlu bertanding di Parlimen Batu,” katanya semasa berucap di Jelajah Mega Harapan Batu, malam tadi.
Dalam pada itu, Anwar percaya dengana kebolehan Prabakaran untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu walaupun berdepan saingan10 penjuru.
“Prabakaran bukan saja boleh menang di sini tetapi akan mendapat majoriti besar. Orang Batu ada jasa sekiranya saya boleh mengangkat sumpah esok sebagai Perdana Menteri, salah satu sebabnya adalah warga Batu sumbang kerusi.
“Pemimpim UMNO kaya, MIC kaya tapi orang India paling miskin di negara ini kalau kalau saya jadi Ketua parti India saya akan rasa malu kerana rakyat India saya paling miskin,”katanya lagi.- MalaysiaGazette