KUALA LUMPUR – Beberapa dokumen telah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd, milik Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, semalam.
Perkara itu disahkan SPRM dalam laporan Berita Harian Online, hari ini.
Laporan memetik sumber itu berkata, beberapa dokumen yang diambil itu bagi membantu siasatan terhadap dakwaan pemilihkan aset yang diumumkan Rafizi, baru-baru ini.
Semalam, Rafizi mengesahkan pejabatnya diserbu suruhanjaya itu yang turut menahan kakitangannya selama tujuh jam.
Rafizi turut mempersoalkan tindakan itu kerana mendakwa beliau telah mendedahkan skandal membabitkan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti, namun perkara tersebut tidak disiasat SPRM.
Sebelum ini, SPRM membuat kenyataan akan membuka kertas siasatan terhadap kenyataan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan itu.
Ia susulan satu laporan yang dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pengisytiharan harta oleh Rafizi. – MalaysiaGazette