Kamarudin di program Munajat Mega di Darul Tarbiyah, Kampung Malaysia, Bandar Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Datuk Kamarudin Jaffar, penyandang Perikatan Nasional (PN) Parlimen Bandar Tun Razak yakin rakyat kawasan itu masih kekal memberi sokongan kepadanya esok.

Ini berdasarkan gerak kerjanya sepanjang tempoh kempen dari 5 November lalu sehingga malam ini dan sebelum daripada itu menunjukkan gelombang rakyat yang memihak kepadanya.

“Pada hari pertama menang PRU14 hingga hari ini, saya tidak pernah tinggal rakyat terkontang kanting tanpa wakil rakyat. Saya bukan jenis wakil rakyat yang bila menang, hilang… bila tiba musim PRU, tiba-tiba muncul.

Kamarudin meneruskan kempen bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di Sri Johor, Bandar Tun Razak.

“Saya berkhidmat kepada rakyat di kawasan saya sepanjang masa. Saya dengar aduan dan permasalahan mereka serta saya usaha atasi,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysia Gazette, di sini, hari ini.

Malam tadi, beliau hadir program Munajat Mega di Darul Tarbiyah, Kampung Malaysia, Bandar Tun Razak.-  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast