KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 di negara ini bertambah sebanyak 3,457 semalam menjadikan kes keseluruhan sebanyak 4,960,179.
Sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan kes terkumpul berjumlah 36,583.
Data KKMNOW melaporkan sebanyak 27,877 kes aktif dengan 25,818 kes dikuarantin di rumah.
Manakala jumlah kemasukan di hospital sebanyak 1,970 kes.
Daripada jumlah itu, 89 kes diletakkan di unit rawatan rapi dengan 46 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes pulih sebanyak 3,736. -MalaysiaGazette