Pas PRN
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendahului pesaingnya di Parlimen Marang.

Calon Perikatan Nasional (PN) itu setakat pukul 8 malam tadi telah mendahului empat calon lain di dengan majoriti 2,149 undi.

Abdul Hadi mendapat 4, 396 undi daripada 15 peti undi setakat ini.

Calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman pula menerima 2,247 undi, calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab. Shukur (168 undi) dan calon Parti Pejuang Tanah Air, Dr. Zarawi Sulong (42 undi).- MalaysiaGazette