KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad mendahului dua pencabarnya di Parlimen Parit Sulong dengan majoriti 2,021 undi.
Setakat pukul 10 malam, beliau memperoleh 25,740 undi manakala, pesaing rapatnya Dr Abdul Karim Deraman dari parti Perikatan Nasional (PN) mendapat 23,719 undi.
Seorang lagi calon dari parti Pakatan Harapan (PH) Mohd Faizal Dolah mendapat 13,495 undi. – MalaysiaGazette