Nur Jazlan Mohamed ketika melakukan walkabout di Jalan Tan Hiok Nee hari ini.

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub kekal Ahli Parlimen Pulai selepas menang majoriti 20,989 undi.

Salahuddin mengalahkan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang memperolehi 23,026 undi.

Manakala calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong meraih 14,432 undi.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya P161 Parlimen Pulai, Miswan Yunus.

Untuk rekod, jumlah pengundi bagi Perlimen Pulai ialah seramai 164,161, namun hanya 69.20 peratus iaitu 113,606 yang keluar mengundi.##