Anwar Ibrahim.

SEBERANG PERAI – Pakatan Harapan (PH) tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan sekiranya gagal mendapat majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ketiga-tiga parti dalam gabungan PH mengekalkan pendirian yang sama iaitu mahukan kemenangan sendiri.

“Kita pergi berperang untuk menang jadi itu menjadi ketetapan saja dan ia juga telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook serta Presiden Amanah, Mat Sabu (Mohamad Sabu).

“Secara konsisten kami bertiga berada di sini (PRU15) untuk memastikan kemenangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan sekiranya berlaku Parlimen tergantung.

Terdahulu calon PH Parlimen Tambun itu selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.06 pagi.

Mengulas lanjut Anwar berkata, PH akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan mandat rakyat pada pilihanraya ini.

“Saya harapkan undian daripada rakyat bagi memastikan ada perubahan dalam negara dan mereka harus berusaha payah bagaimanapun untuk melaksanakan tugas mengundi dan memastikan arah negara itu berubah

“Saya doakan dengan semangat rakyat kita dapat tawan Putrajaya InsyaAllah,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.