Petugas kesihatan sibuk melakukan penyelidikan sampel ujian saringan Covid-19 yang dihantar ke makmal ketika di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul, Hospital Universiti Teknologi MARA (UITM), Sungai Buloh. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,450 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan angka terkumpul sebanyak 4,927,248.

Data KKMNOW menunjukkan lima kematian dalam tempoh sama.

Kes aktif pula sebanyak 27,156 dengan 25,217 dikuarantin di rumah.

Jumlah kes di hospital pula 1,848 termasuk 91 di unt rawatan rapi dengan 63 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh sebanyak 3,000. – MalaysiaGazette