Jalaluddin Alias

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pertama mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pedana Menteri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu dalam kenyataannya berkata, cadangannya itu atas kerangka bahawa Perikatan Nasional (PN) memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Dewan Rakyat selepas Pakatan Harapan (PH).

“Kerangka pemikiran ini adalah atas prinsip saya untuk memastikan rakyat dan negara ini terus berada dalam keadaan stabil dan makmur seperti mana yang parti saya perjuangkan,” katanya.

Menurut Jalaluddin, dalam keadaan tiada satu parti pun memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu, kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara harus diteruskan dengan dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil dan berpengalaman.

Berpaksikan kepada ‘track record’, katanya, beliau berprinsip bahawa sebuah ‘unity government’ tanpa PH untuk meneraju kerajaan Malaysia pasca-PRU15.

Beliau berkata, asas utama penolakan terhadap PH ini adalah atas kegagalan pentadbiran negara keruntuhan semasa 22 bulan diperintah mereka selepas PRU14.

“Perkara ini sewajarnya menjadi ‘collective responsibilty’ di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat BN, PN, Pejuang, GPS, GRS, bebas dan lain-lain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sebagai pihak yang kalah, menjaga negara kini bukanlah terletak dibahu Umno lagi. Berpegang teguhlah kepada slogan NO ANWAR NO DAP, ianya hasrat dan impian akar umbi!

Comments are closed.