Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Menara Dao’ ONN pada jam 3.18 petang berikutan mesyuarat MKT UMNO ditangguhkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 20 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat meninggalkan Menara Dato’ Onn jam 3.19 petang tadi.

Presiden UMNO itu dilihat meninggalkan bangunan itu dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard putih.

Bagaimanapun, pihak media yang berkampung di bangunan UMNO berkenaan tidak tahu destinasi yang dituju Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Ini kerana mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah ditangguhkan.

Kebanyakan ahli MKT antara Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Noh Omar juga telah meninggalkan Menara Dato’ Onn. – MalaysiaGazette