Larry Sng

KUALA LUMPUR – Cubaan pertama kali Parti Bangsa Malaysia (PBM) dalam pilihan raya umum kali ini hanya berjaya meraih satu kerusi sahaja.

Daripada lima kerusi ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya Parlimen Julau sahaja dimenangi presiden partinya, Datuk Larry Sng.

“PBM menerima keputusan PRU15 dengan hati yang terbuka dan ingin menyampaikan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan kepada calon-calon kami,” kata Jabatan Penerangan dan Komunikasi PBM dalam satu kenyataan malam ini.