KUALA LUMPUR- Presiden Sabah Progresif Party, Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
Katanya, pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak melibatkan Pakatan Harapan.
Teck Lee berkata demikian kepada media semasa meninggalkan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut dan mendedahkan parti-parti yang menyokong gabungan itu serta jumlah sebenar sokongan ahli Parlimen yang memberikan sokongan kepada PN.
“Dengan kedudukan masa kini, kita yakin secepat mungkin akan selesai (tubuh kerajaan Persekutuan), secepat mungkin.
“Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sudah ada majoriti, memang banyak ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk Barisan Nasional (BN) nyatakan sokongan..Kita tunggu pengumuman secepat mungkin,” ujarnya.
Teck Lee enggan mengesahkan sama ada BN menyokong PN sebagai sebuah gabungan atau hanya membabitkan sokongan ahli Parlime sahaja.- MalaysiaGazeet
BN perlu kekal sebagai pembangkan dan tidak perlu terlibat dengan PN dan PH. NO DAP NO ANWAR NO BERSATU. Itu keputusan PAU dan tidak boleh kianati keputusan akar umbi UMNO.